RAJA PERMAISURI AGONG UCAP SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI
: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) di sini.
SEPANG: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) di sini.
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Tuanku Azizah yang membacakan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam titahnya menyatakan kesempatan bertemu dan mengucapkan selamat jalan kepada tetamu Allah itu membawa erti besar kerana telah dua tahun rakyat Malaysia menanti untuk menunaikan ibadah haji akibat pandemik COVID-19.
Sumber Gambar: BERNAMA
“Saya dan Raja Permaisuri Agong amat bersyukur kerana pada tahun ini rakyat saya telah kembali menerima jemputan daripada Allah untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Alhamdulillah,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menasihatkan para jemaah haji untuk terus menjaga kebersihan diri dan memastikan semua arahan pihak berkuasa serta prosedur operasi standard sentiasa dipatuhi, memandangkan situasi pandemik dunia yang masih belum pulih sepenuhnya.
“Jemaah haji Malaysia diminta untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negara.
“Semua jemaah haji harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,” titah baginda.
Seri Paduka bertitah sepanjang berada di Tanah Suci para bakal jemaah haji hanya perlu menguatkan niat untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna, selain memastikan semua nasihat dan arahan TH dipatuhi.
“Justeru, sahutlah panggilan daripada Allah dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
“Hanya dengan pelaksanaan ibadat haji yang sempurna dan disulami pula dengan akhlak yang baik akan menjanjikan haji yang mabrur. Insya-Allah,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah bakal jemaah haji perlu bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi negara kerana keamanan yang dinikmati selama ini telah membuka ruang kepada mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima dengan selamat dan selesa.
Seri Paduka bertitah hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi turut menyumbang kepada jemaah haji Malaysia kembali ke Tanah Suci, serta menzahirkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.
“Kami amat berharap hubungan yang erat antara kedua-dua negara ini akan berterusan untuk manfaat jemaah haji dan ummah kita. Insya-Allah,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dengan persediaan dan komitmen tinggi yang dipamerkan Tabung Haji (TH), agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam operasi haji tahun ini dalam usaha mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada jemaah haji negara.
Seri Paduka bertitah agar TH meneruskan usaha-usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Seramai 291 bakal jemaah haji akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5633 ke Jeddah pada 4.45 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba kira-kira 8.10 malam (waktu Arab Saudi).
Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji tahun ini, dengan dibantu 340 petugas TH.
Penerbangan bagi musim haji tahun ini merangkumi 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bermula pada 4 Jun lepas dan penerbangan akhir dijadualkan pada 2 Julai ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.