Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAZARUDIN DILANTIK KETUA POLIS NEGARA YANG BAHARU

DALAM NEGARA

RAZARUDIN DILANTIK KETUA POLIS NEGARA YANG BAHARU

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 23 Jun ini, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang tamat perkhidmatannya esok.

FB Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 23 Jun ini, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang tamat perkhidmatannya esok.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), telah memperkenan pelantikan Razarudin secara kontrak selepas persaraannya, selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025.

“Sepanjang perkhidmatan Razarudin dalam pasukan polis, beliau berpengalaman menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor, Razarudin, 61, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, memulakan karier pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat.

Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman; Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman; Ketua JSJ Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak selama dua tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Perak seterusnya menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun serta Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021 sehingga kini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading