Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA DIKHUATIRI LEMAS KETIKA SELAMATKAN MANGSA LAIN

DALAM NEGARA

REMAJA DIKHUATIRI LEMAS KETIKA SELAMATKAN MANGSA LAIN

Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan seorang lagi mangsa di Pantai Teluk Senangin dekat Lumut hari ini.

IPOH: Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan seorang lagi mangsa di Pantai Teluk Senangin dekat Lumut di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung berkata sehingga kini Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, masih belum ditemukan selepas menyelamatkan seorang lelaki yang lemas di pantai terbabit.

“Sebelum kejadian, ketika mangsa sedang mandi telah melihat seorang lelaki lemas lalu segera memberi pertolongan. 

“Mangsa berjaya menyelamatkan individu yang hampir lemas namun kemudian mangsa dikatakan dihanyutkan arus, sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), PDRM, APM, dan KKM.

“Kita masih mengesan mangsa dengan bantuan daripada empat bot nelayan namun usaha terpaksa diberhentikan seketika akibat cuaca buruk dan ombak kuat. 

“Komuniti nelayan turut melakukan usaha mencari menggunakan teknik lintang pukat di kawasan mangsa dikhuatiri lemas,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading