LELAKI CEDERA NAHAS KERETA BERTEMBUNG

RAWANG: Seorang lelaki cedera dalam nahas dua kenderaan bertembung di Jalan Dagang-Gamuda Garden, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.16 petang sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan antara Proton Waja yang bertembung dengan Mercedes.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang merupakan pemandu Proton Waja tersepit dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply