Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG LORI SELEPAS BALIK KELAS MENGAJI

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG LORI SELEPAS BALIK KELAS MENGAJI

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dalam perjalanan  pulang dari kelas mengaji maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Gua, Kuala Lipis, semalam. 

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang dari kelas mengaji maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Gua, Kuala Lipis, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Ismail Man berkata ketika kejadian kira-kira 5.50 petang itu, mangsa Nor Arisya Husniyah Azli Hisham menaiki motosikal ditunggang rakannya Nur Alana Damia Kamarul Azmi yang juga berusia 14 tahun.

Beliau berkata kedua-dua mereka baru selesai kelas mengaji di Kampung Gua dan menghala ke arah Kampung Padang Tengku.

“Apabila tiba di satu simpang tiga, motosikal itu bertembung dengan lori dipandu warga tempatan berusia 58 tahun yang bergerak di laluan terus dari arah Merapoh menghala ke Lipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, Nor Arisya Husniyah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Alana Damia mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading