REMAJA RANCANG LETUP KUBUR HABIB NOH DITAHAN DI BAWAH ISA
SINGAPURA: Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika dia merancang dan membuat persediaan melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan luar negara.
SINGAPURA: Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika dia merancang dan membuat persediaan melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan luar negara.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, warga Singapura itu menjadi radikal setelah menonton propaganda ISIS di Iraq dan Syria menerusi laman sesawang atas talian.
Remaja itu turut merancang melakukan serangan bom ke atas tapak perkuburan Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh, yang dipercayainya sebagai “tidak selaras dengan Islam”.
“Dia turut memuat turun manual pembuatan bom C4 dalam talian, berhasrat untuk membina bahan letupan buatan sendiri untuk meratakan kubur itu,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.
Remaja itu mula bersikap radikal pada 2020 selepas menonton video ceramah dua pendakwah asing ekstrem di Youtube.
Pada akhir 2021, remaja itu juga menyatakan hasrat untuk hidup di bawah pemerintahan khalifah Islam yang ditadbir oleh syariah (undang-undang Islam).
Untuk tujuan ini, ISD mendedahkan bahawa dia mahu menubuhkan khalifahnya sendiri di Singapura dan merekrut orang Islam untuk menyertainya.
Hasil siasatan setakat ini menunjukkan bahawa remaja itu bertindak bersendirian dan tidak ada petunjuk bahawa dia berjaya merekrut orang lain manakala ahli keluarganya tidak mengetahui rancangan atau niatnya untuk melakukan keganasan bersenjata di luar negara, menurut ISD.
Dalam kes ini, ISD memaklumkan remaja berkenaan sangat radikal sehingga ke tahap bersedia untuk melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan di luar negara dan sanggup membunuh dan mati untuk ISIS.
“Penilaian kami bahawa dia telah menjadi ancaman keselamatan dan dia ditahan di bawah ISA,” menurut ISD.
Jabatan itu menjelaskan bahawa kesnya menonjolkan daya tarikan berterusan terhadap ideologi ganas ISIS.
“Kes ini juga menggariskan bahawa terdapat trend radikalisasi dalam kalangan belia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ancaman serangan oleh penyerang persendirian dengan menggunakan senjata yang mudah diakses,” menurut kenyataan itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager