RESOLUSI PBB UNTUK BANTUAN KE GAZA LEWAT, DESAK TINDAKAN PANTAS HENTIKAN SERANGAN – SETIAUSAHA AGUNG LIGA ARAB
Penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza dibuat lewat dan masih jauh daripada mencapai gencatan senjata sepenuhnya seperti yang diharapkan, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Aboul Gheit.
KAHERAH: Penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza dibuat lewat dan masih jauh daripada mencapai gencatan senjata sepenuhnya seperti yang diharapkan, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Aboul Gheit.
“Resolusi No. 2272 yang diterima pakai pada Jumaat merupakan antara usaha mencegah kebuluran di Semenanjung Gaza dan menyelamatkan nyawa orang ramai terutamanya wanita dan kanak-kanak daripada situasi bencana, tetapi tidak cukup menghentikan jentera perang Israel kerana ia tidak termasuk gencatan senjata,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau berkata keputusan itu dibuat lewat selepas penangguhan atas permintaan Israel, sambil menekankan bahawa apa yang diperlukan bukan sahaja bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tetapi perlindungan bagi orang awam daripada pengeboman berterusan, mencapai gencatan senjata mapan dan memulakan operasi bantuan besar-besaran segera membabitkan ratusan ribu rakyat yang kekurangan keperluan asas.
“Setiap langkah untuk meringankan penderitaan orang awam di Gaza adalah langkah yang betul, tetapi menangani malapetaka kemanusiaan tidak boleh dicapai melalui langkah separa atau tanpa menangani puncanya semata-mata untuk membendung kemarahan masyarakat dunia atas apa yang berlaku di Gaza,” kata Aboul Gheit.
Setiausaha Agung itu juga menegaskan bahawa menolak gencatan senjata serta-merta seakan-akan memberi “lesen untuk membunuh,” sambil menjelaskan bahawa usaha Liga Arab tidak akan berhenti untuk menamatkan perang, menyeru Amerika Syarikat untuk menilai semula keadaan dan mengambil keputusan yang betul daripda segi kemanusiaan dan politik.
Resolusi UNSC bertajuk “Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza” diterima pada 22 Dis di New York, menyeru agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluas serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.
Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata keputusan Majlis Keselamatan PBB mengenai penyampaian bantuan ke Gaza adalah satu langkah ke arah yang betul, walaupun ia ditangguhkan sebelum ini.
Penerimaan resolusi yang disokong UAE itu adalah satu langkah untuk menghentikan pencerobohan Israel, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, dan kekangan untuk terus hidup bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menurut kementerian itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked