Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RINGGIT AKAN SUSUT KEPADA 4.15 BERBANDING DOLAR US

DALAM NEGARA

RINGGIT AKAN SUSUT KEPADA 4.15 BERBANDING DOLAR US

RM KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ringgit dijangka mengalami pembetulan lagi minggu depan kepada RM4.15 berbanding dolar US berikutan keputusan mengejutkan pungutan suara Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, pembetulan itu adalah reaksi spontan dan di luar kawalan kawal selia kerana ia juga berlaku di ekonomi sedang muncul lain. “Bagaimanapun, situasi itu menawarkan peluang untuk membeli secara murah. Tetapi apa yang lebih penting ialah psikologi pelabur dan kita berharap tidak berlaku jualan panik,” katanya kepada Bernama. Untuk minggu baru berakhir yang pendek disebabkan cuti, ringgit diniagakan keseluruhannya lebih tinggi berbanding dolar US dipacu keyakinan Britain akan kekal dalam EU tetapi sentimen itu segera bertukar pada Jumaat selepas undi untuk keluar blok ekonomi itu mendahului ketika pengiraan dijalankan. Pasaran ditutup pada Rabu untuk cuti umum sempena Nuzul al-Quran. Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu lebih tinggi kepada 4.0850/0950 berbanding dolar US daripada 4.0970/0030 pada minggu sebelumnya. Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6806/6961 daripada 5.8550/8652 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.5450/5573 daripada 4.6112/6196. Bagaimanapun ia jatuh berbanding yen kepada 3.9668/9777 daripada 3.9277/9350 pada minggu lepas. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading