RM6.5 BILION SAMAN TERTUNGGAK DI SELURUH NEGARA SEJAK 1990 HINGGA TAHUN LEPAS – POLIS
Beliau berkata kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran, dengan orang ramai dinasihatkan membayar saman dalam tempoh ditetapkan untuk mengelakkan hukuman lebih berat.
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6.5 bilion saman tertunggak membabitkan lebih 43.5 juta saman direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak 1990 hingga 6 Nov 2023.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jumlah itu ialah 33 peratus daripada keseluruhan 135.9 juta saman yang direkodkan PDRM dalam tempoh berkenaan, membabitkan nilai lebih RM20.38 bilion.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, 92.3 juta saman telah dijelaskan dengan kutipan RM8.56 bilion, manakala bagi sepanjang tahun ini sebanyak 4.3 juta saman didaftarkan hingga semalam membabitkan nilai RM646.2 juta.
“Jumlah saman yang direkodkan tahun ini majoritinya membabitkan kesalahan halangan trafik dan abai isyarat lalu lintas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke JSPT Kuala Lumpur di Balai Polis Trafik Tun H S Lee di sini hari ini.
Terdahulu, Mohd Yusri yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dan Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa melihat sendiri pelaksanaan program semakan dan diskaun saman 50 peratus di balai berkenaan.
Mohd Yusri berkata 17,002 saman telah diselesaikan dalam tempoh dua hari program anjuran Polis Kuala Lumpur itu berlangsung, membabitkan kutipan RM1.88 juta dengan sebahagian besar pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai.
Beliau berkata JSPT membuka 19 kaunter semakan, pinda dan bayaran saman termasuk 14 mesin e-bayaran bagi kemudahan orang ramai sepanjang program tawaran diskaun saman bermula 5 Nov hingga Sabtu ini.
“Kita turut menyediakan khemah menempatkan kaunter MyBayaran Saman, tiga kaunter khusus untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung di samping menugaskan 40 anggota bagi memastikan kelancaran program,” katanya.
Mohd Yusri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan tidak mematuhi isyarat lampu merah.
Beliau berkata kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran, dengan orang ramai dinasihatkan membayar saman dalam tempoh ditetapkan untuk mengelakkan hukuman lebih berat.
Sementara itu Mohd Yusri berkata sebanyak 881,211 saman didaftarkan Polis Kuala Lumpur sepanjang tahun ini dan kesalahan halangan lalu lintas merekodkan jumlah tertinggi dengan 97,806 saman, abai isyarat lalu lintas (45,803) serta tiada lesen memandu (17,405). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager