RUANG BAWAH BANGUNAN MAIWP TERBAKAR

Last Updated on

SUMBER FOTO BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR : Ruang bawah bangunan milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Chow Kit di sini, terbakar awal pagi tadi.

Menurut jurucakap pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.27 pagi.

Tiga jentera dari Balai Bomba Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dengan 33 anggota kemudian digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi enam minit kemudian, didapati kebakaran melibatkan ruangan di tingkat bawah bangunan yang dijadikan restoran,” katanya.

Katanya, kebakaran hanya membabitkan barangan perabot serta tiada mangsa yang terlibat.

Jurucakap itu berkata api dipadamkan sepenuhnya pada 2.02 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. — BERNAMA

Leave a Reply