Majlis Fatwa Negeri Sabah mendapati tindakan ahli GISBH di negeri ini bertentangan dengan ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asyairah dan al-Maturidiah.
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Negeri Sabah hari ini memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli GISB Holdings (GISBH) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam kenyataanya berkata, Majlis Fatwa Negeri Sabah mendapati tindakan ahli GISBH di negeri ini bertentangan dengan ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asyairah dan al-Maturidiah.
Katanya, ketetapan itu telah diputuskan pada Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah Tahun 2024 yang bersidang pada 1 dan 2 Oktober lalu.
“Penyelewengan dilakukan ahli GISBH meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan negara.
“Penyelewengan dari sudut akidah antaranya meyakini Abuya (Ashaari Mohammad) ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi (Syeikh Suhaimi) sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman.
“Ia juga meyakini amalan bertabarruk yang bercanggah dengan syarak seperti bertabarruk dengan apa-apa yang digunakan oleh pemimpin GISBH antaranya makan dan minum air basuhan tangan, rendaman gigi, janggut dan lain-lain,” katanya.
Mengulas lanjut, bagi penyelewengan dari sudut syariah, antara yang dikesan dakwaan bahawa solat Jumaat tidak wajib kerana belum tertegak kerajaan Imam Mahdi.
Ahli jemaah GISBH juga menunaikan solat Jamak Qasar secara berterusan dengan alasan dalam perjuangan fisabilillah, katanya.
“Penyelewengan dari sudut muamalah ekonomi pula antaranya penyalahgunaan rumah amal untuk mendapatkan sumbangan daripada kerajaan dan orang ramai.
“GISBH juga dikesan mengeksploitasi ahli atau pekerja seperti kerja tanpa gaji dan pembayaran wang tugasan harian selain penyelewengan lain yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.
Dalam pada itu, mana-mana ahli GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat serta meninggalkan fahaman dan ajaran itu dengan segera.
Untuk rekod, lima negeri telah mewartakan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat bermula Perlis, Selangor, Pahang, Melaka dan Sabah.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager