DEWAN RAKYAT LULUS PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BERHUBUNG KEWARGANEGARAAN
Dewan Rakyat hari ini melakar sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Datuk Seri Fadillah Yusof hadir untuk melakukan undian belah bahagian bagi Pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini melakar sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.
Rang undang-undang itu mendapat sokongan 206 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan ketiga ketika undi belah bahagian.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata seorang Ahli Parlimen tidak menyokong rang undang-undang itu manakala 14 tidak hadir dan seorang wakil rakyat tidak mengundi kerana masih dalam penggantungan.
Beliau memaklumkan undian belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan kepada Perlembagaan pada bacaan kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.
Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.
Pindaan itu bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menggulung perbahasan RUU itu memberikan jaminan bahawa kementerian akan membuat keputusan terhadap semua kes tertunggak permohonan mendapatkan kewarganegaraan iaitu sama ada menerima atau menolak dalam tempoh 12 bulan, bermula hari ini.
Beliau berkata perkara itu bagi memastikan tiada baki kes permohonan tertunggak dalam tempoh yang panjang.
“Hari ini 17 Okt, komitmen KDN dari sekarang hingga 17 Okt tahun depan, kita akan selesaikan semua permohonan ini (tertunggak) sebagai menandakan bahawa kita akan buka kitab baharu, menerima permohonan baharu,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas dan teratur bagi permohonan kewarganegaraan telah siap dibangunkan KDN dan diberikan kelulusan oleh Jemaah Menteri.
Beliau berkata SOP itu akan memperincikan perkara-perkara termasuk prosedur permohonan dan dokumen yang perlu dikemukakan individu yang mahu memohon kewarganegaraan.
Seramai 70 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan RUU berkenaan yang berlangsung dua hari bermula semalam.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung bagi pembentangan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 4 petang, esok.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests