Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT BANTUAN KELIMA ARAB SAUDI TIBA DI BEIRUT

DUNIA

PESAWAT BANTUAN KELIMA ARAB SAUDI TIBA DI BEIRUT

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan, dan bantuan perubatan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis.

Sumber gambar : Saudi Press Agency (SPA)

BEIRUT: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan kelima ke Lubnan pada Khamis, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan, dan bantuan perubatan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis.

Inisiatif kemanusiaan itu adalah selaras dengan perintah Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada peranan kemanusiaan Kerajaan Arab Saudi dalam mendokong rakyat Lubnan semasa menghadapi pelbagai krisis. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading