SAGU HATI UMRAH BERJUMLAH RM1,671 DIBAYAR PADA 18 FEBRUARI
Jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat penangguhan sementara ibadah itu sebelum ini susulan penularan varian Omicron akan menerima pembayaran sagu hati dari kerajaan bermula 18 Februari ini.
KUALA LUMPUR: Jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat penangguhan sementara ibadah itu sebelum ini susulan penularan varian Omicron akan menerima bayaran sagu hati dari kerajaan bermula 18 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan mesyuarat yang telah diadakan di antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH), pembayaran sagu hati hanya akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan.
“Untuk makluman semua, MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima sagu hati kepada TH.
“Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH. Pengkreditan terus sagu hati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru beliau menyeru semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022.
Jemaah umrah katanya boleh melayari http://www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.
“Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH. Para jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.
“Saya juga telah memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran ini akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini. Semoga semua urusan para penerima dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Kerajaan sebelum ini menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah, namun kebenaran semula telah diberikan bermula 8 Februari lalu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked