LELAKI OKU MAUT DIGILIS LORI

Sumber Gambar: Facebook

MANJUNG: Seorang lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) maut digilis lori selepas tergelincir daripada batu penghadang jalan di lampu isyarat berhampiran pekan Pantai Remis, di sini pagi semalam.

Mangsa Mohd Fadil Kamarudin, 45, yang lebih dikenali sebagai Ceni, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, semasa kejadian mangsa yang dipercayai kurang siuman itu berdiri di atas batu penghadang di tengah jalan utama itu.

“Akibat tergelincir, badan mangsa terkena tayar belakang sebuah lori yang melalui jalan berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya.

Nor Omar berkata, pemandu lori berusia 39 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online

Leave a Reply