TIADA SEKATAN PEMBUKAAN BAZAR RAMADAN – PM

KUALA LUMPUR: Tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) pembukaan bazar Ramadan akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya seperti dilapor BERNAMA, hari ini.

Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan pada tahun ini dibenarkan.—AlHijrah Online

Leave a Reply