Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AJARAN SESAT DI MUALLIM DARI NEGERI JIRAN

DALAM NEGARA

AJARAN SESAT DI MUALLIM DARI NEGERI JIRAN

KUALA KANGSAR: Polis percaya kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti bertapak di Muallim, Perak, dibawa oleh pihak luar.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan terlibat dipercayai bergerak dari negeri jiran sebelum membuat penempatan di sebuah kawasan di daerah itu bagi menyebarkan ajaran yang memesongkan akidah.

“Kumpulan itu bergerak dari negeri jiran kemudian buat penempatan di kawasan Muallim.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh ulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),” katanya.

Sebelum ini, Berita Alhijrah melaporkan JAIPk menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan satu kumpulan dipercayai mengamalkan ajaran sesat di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kumpulan terbabit sebelum ini berkampung di Ulu Rening, Batang Kali, Selangor namun telah lari ke Perak dan berselindung dengan nama lain bagi mengaburi mata masyarakat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading