TONG GAS BERTABURAN DI LPT

KUALA TERENGGANU: Ratusan tong gas petroleum cecair (LPG) bertaburan di persimpangan Telemong Lebuh Raya Pantai Timur 2 selepas sebuah lori treler yang membawa muatan itu terbabas.

Difahamkan lori treler dari Ajil menghala Kuala Terengganu itu terbabas akibat tayar bahagian hadapan pecah.

Nahas itu kemudian menyebabkan pagar tempat menyimpan muatan di bahagian belakang treler terbuka lalu ratusan tong gas yang dibawa terjatuh dan bertaburan di lebuh raya.

Pemandu treler dilaporkan selamat dan insiden tidak membabitkan kenderaan lain. – AlHijrah Online

Leave a Reply