PICKIDS: KJ KONGSI VIDEO ANAK TERIMA VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkongsi video anak bongsunya Raif, 6, menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Difahamkan, anak beliau menerima suntikan vaksin jenis Pfizer.

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19,” kata Khairy menerusi Twitter rasminya.

Beliau dalam pada itu menyeru ibu bapa untuk segera mendaftarkan anak-anak mereka untuk PICKids. – AlHijrah Online

Leave a Reply