SEBAHAGIAN MAKKAH BANJIR KILAT

MAKKAH: Kota Makkah dilanda hujan lebat sejak petang Selasa, sehingga menyebabkan beberapa kawasan utama di bandar itu mengalami banjir kilat.
Menerusi perkongsian di Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang berlaku sejak waktu Asar telah mencetus banjir kilat.
Lapor portal thenationalnews.com , pihak Pertahanan Awam telah mengeluarkan amaran ribut petir serta angin kencang kepada penduduk sekeliling yang berada di Makkah, Madinah, Al Baha, Jazan dan Najran.
Tambahnya, banjir juga berkemungkinan melanda wilayah timur, Riyadh dan Qassim serta hujan di seluruh Jawf, Tabuk dan Perbatasan Utara.–AlHijrah Online