Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIADA LAGI UPSR

DALAM NEGARA

TIADA LAGI UPSR

KUALA LUMPUR: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, tiada peperiksaan lain akan menggantikan UPSR dan Kementerian Pendidikan akan memfokuskan kepada Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS) mulai tahun ini susulan pemansuhan peperiksaan awam tersebut.

“Seperti mana kita laksanakan pada tahun ini untuk tahun 2022 kemasukan ke (Tingkatan 1) sekolah asrama adalah berdasarkan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK),” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Tambah Radzi, selari dengan pemansuhan UPSR, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) akan turut dimansuhkan.

Penilaian untuk MBK juga kata beliau akan dilaksanakan menggunakan PPBS.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1988 dengan menfokuskan penguasaan murid dalam tiga komponen iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum ditambah satu lagi komponen menaakul.

Tahun lalu kerajaan terpaksa membatalkan UPSR susulan penularan COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading