KUALA LUMPUR: Kerinduan terhadap Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin akan terubat menerusi perkongsian video, gambar dan bahan-bahan berkaitan susulan kerjasama baharu yang termeterai antara TV Alhijrah dengan Palestine TV.
Perkara itu disepakati menerusi mesyuarat antara kedua-dua pihak yang diadakan petang tadi menerusi dalam talian.
Turut menyertai mesyuarat itu, Duta Palestin ke Malaysia, Walid AbuAli dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris.
Menerusi mesyuarat berkenaan, TV Alhijrah akan mendapat akses bahan-bahan secara terus daripada pihak Palestine TV, untuk disiarkan menerusi program Berita dan Ehwal Semasa, kapsul-kapsul, serta dokumentari pendek tidak lama lagi.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali turut menyertai mesyuarat antara Palestine TV dengan TV Alhijrah hari ini.
Berita Alhijrah juga akan mendapat laporan dan visual secara terus serta potensi menerima laporan secara langsung wakil Palestine TV dari Gaza, Baitulmaqdis, dan seluruh Palestin menerusi talian Skype atau Zoom.
“Saya menaruh kepercayaan kepada TV Alhijrah dan Palestine TV dalam meneroka lebih banyak potensi kerjasama agar manfaat akan diperolehi kedua-dua pihak, selain menguar-uarkan isu Palestin yang sebenar kepada dunia.”
Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia
Turut dicadangkan siaran solat sunat Aidilfitri dari Masjidil Aqsa yang berkemungkinan disiar di TV Alhijrah, 1 Syawal nanti.
Kubah emas berhampiran Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Sumber imej: AFP
“Kita akan rancang pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi kerjasama ini. Ia menjurus kolaborasi dari sudut kandungan Berita dan Ehwal Semasa serta dokumentari tentang budaya dan sejarah Palestin itu sendiri.”
Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah
Pihak Palestine TV juga mengalu-alukan TV Alhijrah dalam membekalkan bahan dan kandungan menarik tentang Malaysia, termasuk pelancongan dan budaya bagi keperluan siaran dokumentari di negara itu.
Kisah kehidupan rakyat Palestin yang berada di Malaysia, khususnya pelajar-pelajar yang menuntut di universiti juga akan dikongsikan kepada Palestine TV oleh TV Alhijrah.
Segala kerjasama ini akan disusuli dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak yang dijadual diadakan selepas Aidilfitri. -Ardi Herman Mohd Mardzi / Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked