Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARANGAN RENTAS DAERAH KETIKA AIDILFITRI PALSU

DALAM NEGARA

LARANGAN RENTAS DAERAH KETIKA AIDILFITRI PALSU

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Tiada larangan bagi pergerakan rentas daerah ketika Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata maklumat yang tular berkenaan palsu dan beliau menafikan perkara tersebut.

“Maklumat berkenaan palsu dan saya belum mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri lagi.

“SOP saya akan umumkan nanti tentang solat Aidilfitri, ziarah tanah perkuburan dan lain-lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hari ini tular maklumat yang menyatakan larangan rentas daerah lima hari sebelum dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi perhatian ramai.

Sementara itu, Ismail Sabri hari ini mengumumkan Kelantan kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 17 Mei 2021.

Enam negeri kini diletakkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Manakala sembilan negeri dikuatkuasakan PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kesemua arahan tersebut kata Ismail Sabri akan berkuatkuasa 29 April hingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang berkuatkuasa dari 27 April hingga 17 Mei 2021.

Kata Ismail Sabri dengan pelaksanaan perintah tersebut pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan namun orang ramai boleh melakukan perjalanan rentas daerah.

Bagaimanapun larangan rentas daerah dikuatkuasakan bagi Sabah dan Sarawak atas permintaan kerajaan negeri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading