Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DALAM KENDERAAN DIHEMPAP POKOK

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DALAM KENDERAAN DIHEMPAP POKOK

GEORGETOWN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap sebatang pokok berketinggian 10 meter yang tumbang dalam kejadian di Jalan Perak, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Yong Geeng Huei, 53, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 pagi.

Menurut Aazelan, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat sebatang pokok yang tumbang merentangi jalan raya lalu menghempap sebuah kereta jenis Proton Wira.

Katanya, terdapat seorang mangsa  yang terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Pihaknya melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dengan dibantu sebuah kren daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk kerja-kerja pengalihan pokok.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.04 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading