Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARANAN SOLAT JENAZAH GHAIB UNTUK MANGSA KRI NANGGALA 402

DALAM NEGARA

SARANAN SOLAT JENAZAH GHAIB UNTUK MANGSA KRI NANGGALA 402

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib bagi mendoakan mangsa tragedi kapal selam Tentera Indonesia KRI Nanggala 402.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata solat jenazah ghaib itu disarankan diadakan pada malam ini, Selasa, 27 April 2021.

“Solat jenazah ghaib disaran diadakan selepas solat Isya’ malam ini bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban.

“Kami merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati bagi menghadapi musibah dan ujian yang berat ini.,” katanya.

Semalam Indonesia mengesahkan kesemua 53 kru Kri Nanggala 402 terkorban selepas kapal selam itu dipercayai pecah kepada tiga bahagian.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan pada Rabu sebelum disahkan tenggelam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading