SEBUAH TABIKA KEMAS AUTISME DIBUKA DI SETIAP NEGERI TAHUN DEPAN – AHMAD ZAHID
Sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS khas untuk kanak-kanak autistik akan dibina di setiap negeri mulai tahun hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS khas untuk kanak-kanak autistik akan dibina di setiap negeri mulai tahun hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Pembangunaan Desa dan Wilayah berkata langkah menubuhkan tabika khusus itu adalah bagi memastikan akses pendidikan awal yang inklusif dan mampu milik disediakan untuk anak-anak autistik di seluruh negara.
Beliau berkata langkah itu mengambil kira ekosistem pendidikan KEMAS yang mempunyai keupayaan bagi menawarkan pendidikan khas itu.
“Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak autisme terpaksa menghantar mereka ke tabika luar KEMAS yang mengenakan bayaran tinggi, sekali gus menimbulkan bebanan kewangan kepada keluarga.
“Tahun hadapan, setiap negeri akan dibina Tabika KEMAS khas untuk kanak-kanak autistik, dan insya-Allah, sekiranya peruntukan mencukupi, menjelang 2027 setiap daerah akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Tabika KEMAS Autisme,” katanya
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab celahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai persediaan kementerian terhadap inisiatif itu, Ahmad Zahid berkata pelarasan sudah dibuat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) supaya tidak timbul pertindihan fungsi.
Bagi aspek kurikulum pula, beliau berkata pelarasan turut dilaksanakan dengan Institusi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memastikan kurikulum pendidikan khas itu dapat dilaksana secara menyeluruh.
Sementara itu, mengulas tentang isu tatakelola melibatkan beberapa agensi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah kementerian itu, Ahmad Zahid menjelaskan hasil penelitian laporan daripada Ketua Audit Negara serta sesi penerangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Kementerian Kewangan mendapati tiada penyelewangan dikesan.
“Bagi persoalan pelantikan penasihat program Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dalam kalangan aktivis politik, saya ingin menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang elaun, mereka diminta untuk membantu bagi memperkukuh libat urus bersama peserta dan masyarakat setempat,” katanya.
Sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata sistem amaran awal digunakan khusus di kawasan titik merah berlaku banjir bagi membolehkan amaran berpindah dikeluarkan antara dua hingga tiga hari lebih awal.
Selain itu, agensi terlibat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga melihat kepada kaedah alternatif bagi keselamatan cerun dengan menanam peranti amaran awal di kawasan cerun untuk mengesan gegaran atau pergerakan tanah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked