Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi mengadakan sidang akhbar di kedutaannya. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.
Beliau berkata Iran sentiasa berusaha memastikan Teluk Parsi dan rantau berkenaan kekal “tenang, terkawal dan berada pada tahap keselamatan terbaik” memandangkan ia adalah hab perdagangan tenaga.
“Tiada halangan untuk keluar masuk ke Hormuz. Hormuz terbuka, malangnya terdapat banyak propaganda,” katanya kepada media di Kedutaan Iran pada Khamis.
Selat Hormuz memainkan peranan penting dalam perdagangan dan tenaga global sebagai laluan strategik penghantaran minyak dan gas asli cecair (LNG) dari Timur Tengah.
Laluan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman itu mengendalikan sebahagian besar bekalan tenaga dunia, dengan kira-kira satu pertiga eksport minyak mentah maritim dan sekitar 20 peratus penggunaan minyak global melalui selat itu setiap hari.
Selat Hormuz menjadi saluran utama bagi penghantaran harian kira-kira 20 juta tong minyak dan produk petroleum, sebahagian besarnya ke pasaran Asia, khususnya China.
Sebahagian besar eksport minyak Iran ke China juga melalui laluan maritim penting ini.
Duta itu berkata sepanjang 12 hari serangan ke atas Iran, kehidupan harian dan perniagaan berjalan seperti biasa, dengan bank terus beroperasi dan orang ramai di jalanan melaungkan slogan anti-Israel setiap kali mereka melihat peluru berpandu.
“Mereka (Israel) mahu merosakkan kami, tetapi serangan itu menyatukan rakyat Iran di dalam negara dan di seluruh dunia,” katanya.
Valiollah berkata selepas 10 hari serangan ke atas Iran, 12 wilayah terjejas, sembilan hospital rosak dan lebih 400 rakyat Iran terkorban.
Ketegangan serantau di Timur Tengah memuncak sejak 13 Jun selepas Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Konflik itu semakin meruncing apabila Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan.
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Iran dan Israel. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager