Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SENARAI KABINET DIUMUM MINGGU INI – PM ISMAIL

DALAM NEGARA

SENARAI KABINET DIUMUM MINGGU INI – PM ISMAIL

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan senarai menteri kabinet akan diumumkan dalam minggu ini.

Katanya senarai tersebut akan diumum setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tunggu pengumuman, kalau saya umum hari ini sudah tidak suspen, dalam minggu ini saya akan umumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya semasa sidang media selepas membuat lawatan kerja rasmi ke daerah Kuala Muda dan Yan, di sini hari ini.

Ismail menyarankan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan senarai menteri kabinet yang disebarkan menerusi media sosial.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading