Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GELANDANGAN DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA

DALAM NEGARA

GELANDANGAN DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA

SHAH ALAM: Penduduk sebuah kondominium di Seksyen 20, di sini terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki terbaring dalam sebuah kereta pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu pada jam 8.23 pagi.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 56 tahun yang disyaki seorang gelandangan dan hanya tinggal dan tidur di dalam kereta berkenaan.

“Pemeriksaan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah serta pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati tiada sebarang kecederaan serta unsur jenayah ditemui,” katanya.

Tambah Baharudin, mayat mangsa telah dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading