Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, 3 CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAKAN DI HOTEL TURKIYE

DUNIA

SEORANG MAUT, 3 CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAKAN DI HOTEL TURKIYE

Tembakan berlaku akibat perselisihan faham antara tiga orang yang baru tiba di hotel itu dengan kereta dan tiga yang lain yang sudah pun berada di situ, lapor akhbar Yeni Safak.

Sumber Gambar: AFP

ANKARA: Seorang terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah resort di daerah Bodrum Turkiye, lapor Sputnik memetik laporan media tempatan.

Tembakan berlaku akibat perselisihan faham antara tiga orang yang baru tiba di hotel itu dengan kereta dan tiga yang lain yang sudah pun berada di situ, lapor akhbar Yeni Safak.

Berdasarkan maklumat awal, tiga orang yang baru sampai menembak ke arah penghuni hotel berkenaan.

Siasatan sudah dimulakan dengan penguatkuasa undang-undang cuba menahan suspek yang cuba melarikan diri.

Pintu keluar masuk ke kawasan itu telah ditutup.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading