Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, TUJUH CEDERA PARAH VAN KILANG TERBABAS 

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, TUJUH CEDERA PARAH VAN KILANG TERBABAS 

Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine di George Town awal pagi tadi

Sumber: JBPM Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine di sini awal pagi tadi.

Enam mangsa yang cedera parah juga adalah wanita dan berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun.

Seorang lelaki, iaitu pemandu lelaki van berkenaan, turut mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi sebelum ke lokasi kemalangan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba berdepan detik cemas apabila mendapati empat daripada lapan mangsa yang berada dalam van kilang itu tersepit di dalam remukan kenderaan tersebut.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dibantu BBP Lebuh Pantai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit sebelum semuanya berjaya dikeluarkan pada 7.17 pagi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi, yang juga cedera parah, dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading