Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PANDU LORI LAWAN ARUS SEJAUH 150KM DITAHAN 

DALAM NEGARA

LELAKI PANDU LORI LAWAN ARUS SEJAUH 150KM DITAHAN 

Tindakan nekad seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memandu secara melawan arus sejauh 150 kilometer, mengundang padah apabila ditahan di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memandu secara melawan arus sejauh 150 kilometer, mengundang padah apabila ditahan di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata pusat kawalan sebelum itu menerima panggilan daripada unit kereta peronda (MPV) pada 5.35 pagi yang memaklumkan tentang sebuah lori dipandu lelaki berusia 40 tahun enggan berhenti apabila diarahkan.

“Pemandu terbabit telah memandu keluar ke arah Lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Bukit Beruntung dan memandu melawan arus sejauh 150 kilometer melibatkan laluan menghala ke Tol Tanjung Malim dan Tol Sungai Buloh sebelum berpatah balik ke Tol Bukit Beruntung.

“Selain memandu secara berbahaya, lelaki itu juga cuba melanggar kenderaan MPV ketika anggota cuba memberhentikan lori tersebut di kawasan berhampiran Tol Bukit Beruntung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tiga MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya memintas dan menahan pemandu lori itu di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung.

Ibrahim berkata hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu serta mempunyai dua rekod melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

Pemandu lori berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat menerusi media sosial memaparkan sebuah lori dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung sehingga hampir menyebabkan kemalangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading