Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG WARGA ASING DITAHAN CUBA SOGOK POLIS

DALAM NEGARA

SEORANG WARGA ASING DITAHAN CUBA SOGOK POLIS

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori warga asing ditahan selepas cuba menyogok anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Azman Ayob berkata sogokan itu bagi mengelak dari disaman atas kesalahan tidak berhenti di lampu isyarat merah dan tiada lesen memandu kelas E.

“Kejadian yang berlaku di ibu kota pada 21 Jun 2021 telah menyebabkan penahanan seorang pemandu lori warga asing dan kes disiasat di bawah Seksyen 214 KK & Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen.

“Kejayaan ini menunjukan amalan integriti sentiasa dititikberatkan bagi semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan penugasan seharian,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Azman berkata orang ramai dinasihatkan agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan hormati hak serta keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Amaran keras juga diingatkan beliau kepada orang ramai yang mencuba untuk memberi rasuah kepada pihak polis yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka. — AlHijrah online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading