Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SINGAPURA TANGGUH HUKUMAN MATI RAKYAT MALAYSIA DATCHINAMURTHY

DUNIA

SINGAPURA TANGGUH HUKUMAN MATI RAKYAT MALAYSIA DATCHINAMURTHY

Singapura menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas banduan akhir rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada pagi Khamis di Penjara Changi, Singapura.

Sumber: Media Sosial

SINGAPURA: Singapura menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas banduan akhir rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada pagi Khamis di Penjara Changi, Singapura.

Peguam keluarganya, N Surendran, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini dan berkata keluarga banduan itu dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan melalui panggilan telefon daripada pihak penjara selepas tengah malam.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini. Kami berdoa agar hasilnya yang terbaik,” katanya.

Datchinamurthy, 39, disabitkan kesalahan pada 2011 kerana mengedar 44.96g diamorphine ke Singapura dan dijatuhi hukuman mati pada 2015.

Beliau sebelum ini diberikan penggantungan pelaksanaan hukuman daripada tarikh asal hukuman gantungnya pada 29 April 2022 bagi membolehkan prosiding semakan kehakiman dimulakan.

Datchinamurthy merupakan antara empat rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati selepas rayuan terbaharu mereka ditolak.

Tiga lagi rakyat Malaysia ialah S Saminathan, R Lingkesvaran dan Pannir Selvam Pranthaman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading