MAHKAMAH KANAK-KANAK BENAR SUHAKAM HADIR SEBAGAI PEMERHATI DALAM KES ZARA QAIRINA
Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk hadir sebagai pemerhati di bawah Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk hadir sebagai pemerhati di bawah Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir.
Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Cindy Mc Juce Balitus berkata permohonan SUHAKAM telah dibenarkan oleh Hakim Elsie Primus dalam prosiding tertutup di sini hari ini.
“Pendakwaan telah menyerahkan 15 dokumen kepada pesalah kanak-kanak pertama dan 18 dokumen masing-masing kepada empat lagi selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu memaklumkan lima dokumen tambahan akan diserahkan kepada semua pesalah kanak-kanak semasa pengurusan kes praperbicaraan pada 16 Okt bulan depan manakala perbicaraan yang ditetapkan pada 9 hingga 20 Dis akan berjalan seperti yang dijadualkan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.
Empat pesalah kanak-kanak diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan manakala seorang lagi diwakili peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh serta Prem Elmer Ganasan.
Pada 20 Ogos lepas, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu atas pertuduhan membuli Zara Qairina, 13.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pagi 16 Julai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager