SISA MAKANAN KETIKA RAMADAN MENINGKAT SETIAP TAHUN
Sisa pepejal khususnya melibatkan sisa makanan yang dikutip Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ketika Ramadan dilihat semakin meningkat setiap tahun.
ISKANDAR PUTERI: Sisa pepejal khususnya melibatkan sisa makanan yang dikutip Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ketika Ramadan dilihat semakin meningkat setiap tahun.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia dibuktikan menerusi jumlah kutipan sisa pepejal ketika Ramadan tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 252,521 tan berbanding 208,143 tan pada 2019.
“Peningkatan berlaku setiap tahun dan dalam tempoh lima tahun ini kita dapat lihat ia meningkat sehingga 21 peratus, daripada pandangan kementerian langkah pertama adalah untuk kurangkan penghasilan sisa makanan.
“Berdasarkan kepada penelitian data tadi, sebanyak 44.5 peratus daripada sisa pepejal yang dikutip itu adalah sisa makanan dan jumlah itu agak besar nilainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Operasi SWM Environment Negeri Johor Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ismail Mokhtar dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin.
Justeru Akmal Nasrullah berkata orang awam khususnya diharap dapat bekerjasama bagi mengelakkan lambakan sisa makanan berlaku antaranya dengan memanfaatkan operasi kutipan.
Sementara itu, Mohd Norlisam berkata seramai 4,475 kakitangan SWM Environment akan bertugas dengan 588 jentera antaranya lori kompaktor, lori open tipper dan lori Roll-On Roll-Off (RORO) akan digunakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan operasi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
“Operasi tersebut akan tertumpu kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal terutamanya di 150 kawasan seperti kawasan perumahan berkepadatan umat Islam yang ramai, pusat bandar dan jalan-jalan utama.
“Kutipan sisa domestik pula memfokuskan kepada usaha mengawal limpahan sisa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan agar tidak meletakkan sebarang halangan di sepanjang laluan lori kompaktor termasuk kawasan yang berhampiran lokasi penempatan tong sampah bagi memastikan kelancaran operasi kutipan sisa domestik,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests