Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SITI KHADIJAH LANCAR KOLEKSI TERBAHARU RAMADAN & SYAWAL

DALAM NEGARA

SITI KHADIJAH LANCAR KOLEKSI TERBAHARU RAMADAN & SYAWAL

Jenama telekung dan pakaian, Siti Khadijah memperkenalkan koleksi terbaharu sempena Ramadan dan Syawal 2026 bertemakan Mushafe, Warisan Darul Iman.

Sumber: Siti Khadijah

PUTRAJAYA: Jenama telekung dan pakaian, Siti Khadijah memperkenalkan koleksi terbaharu sempena Ramadan dan Syawal 2026 bertemakan Mushafe, Warisan Darul Iman.

Ia mengetengahkan keindahan seni Islam dan sesuai dengan penampilan serta fesyen muslimah masa kini.

Mengangkat elemen warisan dan spiritual, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, koleksi ini diinspirasikan daripada kehalusan seni mushaf Terengganu yang sarat dengan nilai sejarah serta estetika Islam.

“Rekaan ini direalisasikan melalui kolaborasi bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai usaha untuk memelihara warisan lalu menzahirkannya dalam bahasa rekaan kita pada masa ini,” katanya.

Setiap rekaan diolah dengan sentuhan kontemporari di samping mengekalkan nilai kesopanan, tradisi serta fesyen moden.

Seiring pelancaran koleksi terbaharu itu, Siti Khadijah turut memperkenalkan kempen ‘jeda’ iaitu damai dalam waktu yang bertepatan dengan slogan butik ini iaitu ‘Outer Peace For Inner Peace’.

“Pakaian luaran yang menentukan keselesaan dalaman. Jadi jeda ini pula terhasil daripada idea di mana dengan kesibukan dunia ini, kita sebenarnya diberi peluang untuk berehat seketika.

Pelantikan pasangan selebriti Ammar Baharin, Amyra Rosli dan keluarga sebagai duta produk menterjemah keistimewaan jenama ini yang tampil dengan pelbagai variasi dan sesuai dengan keperluan seisi keluarga.

Koleksi Ramadan dan Syawal ini dilancarkan secara eksklusif ketika Konsert Malam Hijrah Bergema yang diterbitkan Stesen Televisyen Islamik Negara, TV AlHijrah.

Ia sekaligus menggambarkan komitmen berterusan Siti Khadijah dalam menyokong usaha dakwah dan memperkasa nilai Islam menerusi fesyen dan gaya hidup.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading