SPRM GAGALKAN USAHA LARIKAN WANG TUNAI RM2.4 JUTA BERKAITAN SIASATAN PEROLEHAN TENTERA DARAT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wang berkenaan cuba dipindahkan dari sebuah rumah ke rumah lain oleh seorang individu awam yang mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
“Semalam, pegawai kita dapat maklumat dan pagi tadi saya dimaklumkan bahawa kita menjumpai lebih kurang RM2.4 juta wang yang cuba dilarikan oleh individu itu… kita telah mendapat wang milik seorang suspek kes ini dalam bentuk tunai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa seorang bekas pegawai kanan tertinggi Tentera Darat dan isterinya hadir bagi membantu siasatan tentang perolehan TDM petang ini di Putrajaya.
“Keterangan pegawai kanan berkenaan diambil petang ini di Putrajaya selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital semalam setelah menerima rawatan akibat tekanan darah tinggi,” katanya.
Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.
Kenyataan SPRM di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari hingga 10 Jan ini dikeluarkan semalam oleh Majistret Ezrene Zakariah yang membenarkan permohonan agensi antirasuah berkenaan.
Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin.
Pada 29 Dis lepas, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan berkenaan dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek TDM.
Sebelum itu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests