SRI LANKA HARAM PEMAKAIAN BURQA, TUTUP LEBIH SERIBU MADRASAH

Sumber Gambar: CNN

COLOMBO: Sri Lanka mengharamkan pemakaian burqa serta menutup lebih 1,000 sekolah agama Islam atas alasan “keselamatan negara” yang majoritinya menganut agama Buddha.

Lapor Reuters, Menteri Keselamatan, Awam Sarath Weerasekera teah menandatangani surat bagi mendapatkan kelulusan kabinet untuk melarang pemakaian burqa atau kain penutup seluruh wajah wanita.

“Pada zaman dahulu wanita dan gadis Islam tidak pernah memakai burqa.

“Ini adalah tanda ekstremisme agama yang muncul baru baru ini, dan kami pasti akan melarangnya,” katanya.

Pemakaian burqa di negara tersebut pernah diharamkan sementara pada 2019 setelah tragedi pengeboman gereja dan hotel oleh militan Islam yang membunuh lebih 250 orang.

Tambah Weerasekera, kerajaan turut merancang untuk mengharamkan lebih 1,000 madrasah Islam yang dikatakan melanggar dasar pendidikan negara.–AlHijrah Online

Leave a Reply