Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STADIUM BUKIT JALIL DITUTUP 15 JUN BAGI PROSES BAIK PULIH

DALAM NEGARA

STADIUM BUKIT JALIL DITUTUP 15 JUN BAGI PROSES BAIK PULIH

Kementeriannya memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan sewajarnya.

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup bermula Rabu 15 Jun 2022, bagi proses baik pulih stadium.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kementeriannya memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan sewajarnya.

“Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.

“Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 bagi memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan lebih segera.

“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, isu padang SNBJ hangat diperkatakan rakyat Malaysia selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain, pada 12 Jun lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading