Connect with us

ALHIJRAH NEWS

STRUKTUR KAYU HEMPAP LANDASAN, PERKHIDMATAN KOMUTER DAN ETS TERGENDALA

DALAM NEGARA

STRUKTUR KAYU HEMPAP LANDASAN, PERKHIDMATAN KOMUTER DAN ETS TERGENDALA

Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan serta kelewatan hari ini selepas struktur kayu daripada tapak pembinaan pihak ketiga menghempap landasan di kawasan Batang Benar.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan serta kelewatan hari ini selepas struktur kayu daripada tapak pembinaan pihak ketiga menghempap landasan di kawasan Batang Benar.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan struktur kayu itu turut merosakkan sistem elektrik alat talian atas di antara Batang Benar dan Labu, sekali gus menjejaskan operasi tren.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan KTM Komuter dari Pulau Sebang ke KL Sentral ditamatkan di Stesen Seremban, manakala perjalanan ke arah KL Sentral atau Batu Caves hanya bermula dari Stesen Bangi.

“Tiada perkhidmatan KTM Komuter di antara Stesen Bangi dan Stesen Seremban buat masa ini, dengan penumpang yang terjejas disarankan mendapatkan pengangkutan alternatif bagi meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan KTMB.

Bagi membantu penumpang, KTMB menyediakan tiga bas perantara yang beroperasi di Seremban, Tiroi, Batang Benar, Labu dan Bangi, manakala tujuh lagi bas perantara disediakan untuk penumpang ETS di Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang dan Seremban.

Menurut KTMB, penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan dari stesen permulaan layak menerima bayaran balik penuh.

Siasatan awal mendapati kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek laluan utiliti itu tidak mematuhi syarat dan prosedur keselamatan yang ditetapkan, termasuk gagal mengemukakan jadual pelaksanaan kerja yang lengkap serta tidak memaklumkan waktu sebenar kerja pembinaan jambatan dijalankan pada hari kejadian.

KTMB memaklumkan pasukan teknikalnya sedang giat menjalankan kerja pembaikan bagi memulihkan sistem elektrik alat talian atas supaya perkhidmatan tren dapat kembali beroperasi secepat mungkin.

“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para penumpang akibat insiden yang tidak dijangka ini. Keselamatan penumpang dan operasi tren sentiasa menjadi keutamaan KTMB,” menurut kenyataan itu.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading