SUAMI BAKAR ISTERI SEBAB SELISIHAN FAHAM

GEORGETOWN: Seorang suami tergamak menyimbah petrol dan membakar isterinya disebabkan perselisihan faham membabitkan keluarga.

Dalam kejadian jam 9.30 malam di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, melibatkan mangsa yang berusia 35 tahun melecur sehingga 27 peratus dari sebahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jirannya berhubung kejadian yang berlaku pada jam 10.45 malam.

“Siasatan awal mendapati bahawa anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun berada dalam bilik sebelum terdengar pergaduhan antara ibu dan bapanya.

“Anak lelaki mangsa cuba untuk melihat kejadian yang berlaku sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar dan berjaya membukanya.

“Kemudian anak lelaki mangsa, melihat ibunya berada dibelakang luar rumah dalam keadaan badan terbakar manakala suspek cuba padamkan api menggunakan kain, katanya

Beliau berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu bertindak melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa semakin merebak.

”Sementara itu, mangsa sempat meminta bantuan anak lelakinya untuk mengambil air bagi memadamkan api itu.

“Anak lelaki mangsa bertindak dengan segera mengambil air dari bilik mandi dan memadamkan api pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jirannya bagi menghubungi pihak polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pegawai perubatan melaporkan bahawa mangsa telah melecur 27 peratus dari sebahagian anggota badan.

Pihak polis mendapati bahawa suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan –AlHijrah Online

Leave a Reply