Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DIDAKWA EDAR 51KG GANJA

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DIDAKWA EDAR 51KG GANJA

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

Saiful Syamil Idris, 32, yang bekerja sebagai pemandu forklif dan isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, yang merupakan suri rumah hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu bersama-sama dengan tanpa kebenaran telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis (ganja) seberat 768 gram pada lebih kurang 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Bandar Seri Astana di sini.

Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama-sama dengan tanpa kebenaran didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50.866 kilogram pada tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Mahkamah menetapkan 6 Dis tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preeya Singaravelu manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading