PENGANGGUR DIPENJARA, DIDENDA BUAT KOMUNIKASI JELIK TERHADAP SULTAN SELANGOR
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.
Penganggur, Mohamad Azlan Ibrahim (kanan) dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya. — Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.
Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Mohamad Azlan Ibrahim, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini atau dipenjara tiga bulan jika OKS gagal membayar denda.
Mohamad Azlan, yang memakai jaket dan kopiah hitam dilihat membaca al-Quran semasa berada di galeri awam sebelum prosiding bermula.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Azlan didakwa membuat hantaran komunikasi jelik terhadap sultan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya, menggunakan laman profil “Iman Mustaqim” pada 28 Ogos lepas dan pautan itu kemudian dilihat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini pada 11.37 pagi, 29 Ogos.
Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mohamad Azlan juga didakwa gagal memberi kata laluan laman profil aplikasi Facebook “Iman Mustaqim” yang diminta oleh seorang pegawai polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 11.25 pagi, 31 Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Malik Ayob memohon hukuman pemenjaraan serta denda berat, mengambil kira kesalahan serius OKS yang menimbulkan kemarahan masyarakat serta mengganggu keharmonian negara.
“Tindakan OKS membuat hantaran jelik menghina Sultan Selangor telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan kegagalan memberikan kata laluan Facebooknya seperti yang diminta oleh pegawai polis menunjukkan dia tidak mahu memberikan kerjasama terhadap pihak berkuasa.
“Dalam kes ini, sultan adalah simbol perpaduan negara dan tindakan OKS memperlekehkan kedaulatan raja-raja Melayu boleh menjejaskan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara,” katanya yang turut mengendalikan kes bersama TPR Nor Azizah Aling.
Mohamad Azlan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan menjaga ibu yang sakit di kampung serta perlu membawa bapa saudaranya yang buta ke hospital untuk mengambil ubat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests