PEMANDU TERTEKAN PEDAL MINYAK, LANGGAR KANAK-KANAK DAN PINTU KEDAI
Seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba mengundur kemudian melanggar mangsa serta pintu hadapan sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam, semalam.
PUNCAK ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba mengundur kemudian melanggar mangsa serta pintu hadapan sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur, di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang itu mengakibatkan kanak-kanak berusia lima tahun itu mengalami calar di bahagian muka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Supt Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari rumahnya ke lokasi kejadian untuk mengambil anaknya pulang dari tadika.
“Setibanya di tempat kejadian, semasa pemandu mengundur untuk memasuki petak parkir di hadapan kedai menjual makanan haiwan, dia tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga menyebabkan kereta dipandu mengundur dalam keadaan laju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kenderaan itu telah melanggar kanak-kanak yang sedang berjalan di kaki lima kawasan tersebut kemudian seterusnya melanggar pintu hadapan premis kedai.
“Akibat daripada kemalangan itu mangsa telah mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan.
“Pada jam 8.30 pagi tadi (Rabu), mangsa telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan untuk keluar dari hospital berkenaan,” tambahnya lagi.
Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked