Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH ANAK KEKASIH

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH ANAK KEKASIH

Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berumur setahun, yang dipercayai anak kekasihnya, dalam kejadian Ogos lepas.

BUTTERWORTH: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berumur setahun, yang dipercayai anak kekasihnya, dalam kejadian Ogos lepas.

S. Nagendren, 34, hanya mengangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Muhamad Hayder Mukhriz Abdul Fatah yang berusia setahun antara 6.25 petang 23 Ogos sehingga 4.50 petang 26 Ogos lalu, di sebuah rumah di Pangsapuri Ampang Jajar di sini.

Pendakwaan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd Farid dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma’ ‘Amira Shahidani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Mac 2024 untuk tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang remaja perempuan, teman lelakinya serta tujuh lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) disyaki mangsa dera. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading