Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUDAN: 700,000 KANAK-KANAK DIANCAM KEKURANGAN ZAT MAKANAN

DUNIA

SUDAN: 700,000 KANAK-KANAK DIANCAM KEKURANGAN ZAT MAKANAN

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Sumber Gambar: AFP

AMMAN: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.

“Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.

“UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan,” kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading