Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN JOHOR BERKENAN PERSIDANGAN DUN JOHOR PADA 12 OGOS

DALAM NEGARA

SULTAN JOHOR BERKENAN PERSIDANGAN DUN JOHOR PADA 12 OGOS

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos ini.

Baginda juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini.

“Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus COVID-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin pada Rabu.

Sultan Ibrahim turut menerima menghadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu bagi mendapatkan laporan keadaan pandemik COVID-19 di negeri ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading