KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata, Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan lima hari, mulai hari ini.
“Bagi program (vaksinasi) ini dalam Fasa Pertama PPN ia telah dilaksanakan pada 9 Jun lalu yang membabitkan seramai 350 penerima vaksin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Istana negeri Kelantan.
“Program kali ini dijangka seramai 2,000 penerima dijangka akan menerima vaksin iaitu 1,000 penerima adalah rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan,” katanya semasa ditemui dalam Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan anjuran Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Azmi berkata Sultan Muhammad V juga memuji rakyat Kelantan yang telah mendaftar untuk menerima vaksin dan baginda turut menitahkan agar semua rakyat Kelantan sama ada di dalam atau di luar negeri supaya mengambil serius berkenaan peningkatan jangkitan COVID-19 di Kelantan serta negara ini.
“Baginda juga menyeru semua rakyat memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri dan keluarga,” katanya sambil memaklumkan Sultan Muhammad V juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan yang terlibat terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan COVID-19.
“Mereka tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat dan bertungkus lumus dalam memastikan kes yang mencanak naik ini dapat dilandaikan secepat mungkin.
Dalam masa sama, Tengku Azmi turut memaklumkan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga amat prihatin terhadap masalah serta kekangan yang dihadapi oleh pihak KKM dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksin COVID-19.
“Pada 23 Jun lalu, bertempat di Istana Balai Besar juga, Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan lima peti ‘Top Loading’ bagi tujuan kemudahan penyimpanan bekalan vaksin COVID-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,” katanya.
Malah, Tengku Azmi berkata beberapa program lain juga sedang dalam perancangan pihaknya dan akan diadakan di Istana Balai Besar termasuk program penyerahan bakul makanan kurniaan baginda kepada penduduk Kelantan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.—AlHijrah Online / BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager