Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN OMAN MENINGGAL DUNIA

DUNIA

SULTAN OMAN MENINGGAL DUNIA

Sultan Oman, Sultan Qaboos bin Said meninggal dunia petang Jumaat, demikian menurut media tempatan awal pagi ini.

Arab News yang memetik laporan agensi Reuters berkata, Sultan Qaboos , 79, memerintah negara di Teluk Arab itu sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1970 melalui rampasan kuasa aman.

Beliau tidak mempunyai pewaris dan tidak mengumumkan penggantinya sebelum ini.

Statut 1996 menjelaskan yang keluarga diraja perlu memilih pengganti dalam tempoh tiga hari selepas kekosongan kerusi sultan.

Jika keluarga diraja gagal menamakan pengganti, majlis dianggotai pegawai tertinggi tentera dan keselamatan, ketua-ketua hakim mahkamah tinggi dan ketua dewan rakyat dan ketua dewan negara, akan mengangkat bakal pengganti yang secara rahsia telah dipilih sultan dalam surat wasiatnya. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading